Terima Kasih :)

Friday 22 July 2011

Bawa 'pulang' penunggu hutan. =.=

Assalamualaikum, 

Okay, seperti yang korang semua tau. Harini Harian Metro keluar pasal histeria sekolah SMKDHMRedza. 


Haa, cakk ;) Yang bertudung tu Emah kenal. Nabila Zack, antara salah sorang mangsa yang kena. Act, Emah tak baca lagi pasal ni, just tengok dekat Top News 'mukabuku'. Heboh cerita pasal ni. So, Emah pun gedik nak update, hihi :) Yes, benda penting je nak update sekarang. Takde pasal benda bodoh lah. Haha. 

Okay nak cerita. Rabu lalu. Memang teruk jugak lah histeria haritu. 48 pelajar yang kene. Tapi, ramai yang cakap, tak seteruk tahun 2008. Taktau lah, sebab Emah masuk sekolah ni tahun 2009, Form 3. Thats why Emah cakap yang Rabu tu teruk. Satu sekolah bising dengan jeritan sana sini. Waktu tu, kami dekat Bilik Seni. Then dengar org menjerit, kami pun nak jadi BUSY BODY. Ingatkan menjerit pasal lain kan, okay lepas tu dh tau apa jadi. Then, tengah tegok ustaz tu Azan kan someone ni, ada pulak pengawas dekat situ cakap, ada budak pngsan dalam tandas. Haaa, Emah, Misai, Tqah, dengan Alya pun pegi lah tengok. Okay, Emah seram nih. Hihi. Then, cikgu suruh angkat. First Emah taknak angkat, tapi cikgu suruh. Tolong jelah. Bwk dia sampai masuk surau. Memang sape yang kene mesti hantar surau. Okay, waktu tu tak ramai lagi pelajar. Dah lepas hantar budak tu dekat surau, ktorg pun balik Bilik Seni, ambik barang, kononnya nak balik kelas.

Otw keluar Bilik Seni, ktorg guna lah jalan Bilik Guru. Pappppp ! Keluar pulak budak yg kena histeria ni dr kelas 3B kalau tak silap. Dengan meraung dia, dengan sepak dia. Adui, Emah dah cuak. Emah lari masuk Bilik Guru, dengan keadaan menangis lah. Nasib baik Teacher Zana ada dalam tu. Dia lah yang menenangkan Emah. Thanks to you teacher. Then, tengok Misai pun dh nangis dh. Pastu, ktorg macam dh okay sikit, keluar lah dr Bilik Guru tu. Keluar je, makin bising pulak surau dengan jeritan jeritan pelajar histeria tu. Emah masuk balik Bilik Guru, sbb takberani nak dengar semua tu and nak hadap semua tu. Nangis lagi, Misai pun. Then, Cikgu Amrah pulak. Dia panggil Emah, dia marah sebab Emah nangis. Aduii, maaf Cikgu. Pastu, dia suruh Emah duduk situ, then minum air Zam-Zam. Emah pun minum. Misai pun kene. Yang lain tolong bacakan Yaasin untuk ktog. 

Semua pelajar sekolah SMKDHMRedza kena pegi Dewan Terbuka, sebab nak baca Yaasin. Okay, dengar cite, mula je ayat Yaasin tu, ada budak menjerit lagi. Emah taktau and tak tengok sbb ktorg dekat Bilik Guru. Cikgu Amrah tak bg keluar. Makin ramai makin ramai yang kene. Lepas tu, Cikgu Amrah suruh call mak. Emah pun call. After 20 minit something kot, mak pun datang. Okay, mak bawak balik. Nak tau, keluar je dari Bilik Guru tu, Emah punya bulu roma dah naik dh. Gilaaa lah. Satu sekolah dengan jeritan tu. Mak pun boleh pulak parking kete dekat surau. Betul betul depan pintu masuk. Aduiii. Emah memang takboleh dengan keadaan macam tu.

Sampai je rumah. Emah pun mandi ambik wuduk, then tidur. Petang bangun, terus demam. Yeaaaa. Haaa kan dah. Haha. Actually, Emah memang tak boleh dengan benda pelik pelik ni. Even nampak katak, then lepas tu tak jumpa pun boleh demam jugak tau. Demam panas pulak tu. Haiyaaaa. Haa, sampai harini, demam tak elok elok lagi. Btw, fyi, sekolah SMKDHMRedza cuti Khamis haritu. Sebab ganguan punya pasal. Sampai cuti haa, hebat. Itupun cuti berganti. Haha :D Then, hari Jumaat nak datang sekolah, takut gilaaa. Nak tau tak, Amalina sekolah tu pun dh nak pindah sekolah. Kesian dia. 

Hm, maybe tu je kot. Rasanya dh panjang gilaa dh ni. Okay lah ehh. Enjoy lah membaca. 

Wassalam, ;)

Saturday 16 July 2011

Fuyooooooo !

Assalamualaikum,

Fuyoooooo, it's been a long time Emah tak update Blog ni kan. Kesian dia. Dah berhabuk habuk dah haa. Gilaaaa lah. Hihi. Bukan takda masa or apa. Just malas nak tulis lah. Nak pk ayat ayat yang panjang lagi. Tangan pun penat nak tulis. Karangan pun takboleh nak siap macam blog ni, haha. Takpa lah, bagus jugak kalau lama tak update ni. Cerita pun banyak nak di kongsi. Itupun kalau banyak. Haha ! Yang ni pun Emah dah taktau nak cerita apa. Hihi. 

Okay, let me begin with my trial SPM this Ogos. Tak sampai sebulan lagi tinggal. 15 Ogos 2011 ni tarikh trial SPM. Itu pun not really sure lagi. Tapi, bila bila pun tarikh dia, study kene buat jugak kan. Takkan dh tinggal 2 hari lagi baru nak study? Betul tak. So, I set up a faith in the chest. I decided to deactivate my Facebook account until Hari Raya. Kalau tak, i'll be complacent. I'll try to make a change. Its for my own good right. No one can help us, unless our own.

Okay next, we go to Shawwal. Our fasting month. Tinggal lagi 14 hari je kann. So, get ready lah makan banyak banyak yang boleh mengenyangkan perut selama 30 hari. HAHA ! Entah lah, macam takda semangat nak puasa lah tahun ni. Lagi lagi Raya. Macam mana nak ada semangat kalau lepas Raya ktorg sambung trial lagi. Haaa, masa ni lah nak Raya, masa tu lah nak trial. Baca buku pegi rumah orangg, kann. Haha.Orang pun cakap Emah mental lepas tu. Obsessed sangat dengan buku pun susah jugak. Tapi takda lah sampai macam tu sekali kann. Teruk sangat lah macam tu. Tapi nak kene bawak buku tu yang malas tu. Nak berangkut lagi kesana kemari. Bukan apa, tahun ni, ktorg Raya dekat Sarawak. Almost 2 years tak balik. Tak sabar rasanya. My life is there. Can't wait to meet them, my old friends. Yuhuuuu !

Haa, apa lagi ehh? Itu saja kot Emah rasa. Kalau Emah rajin nanti, Emah update lah blog ni lagi. I'll never forget this blog, hihi :) Kalau takda entry baru nanti, sorry tau. I didn't mean it. Busy trial lah tu maybe, ahaha :D Okay? I'm done. Its 0228 pagi. My flight to New York are ready to go. XD See ya guys, takde care. Emah loves you all ! :D Goodnight.

Wassalam, ;)