Terima Kasih :)

Friday 22 July 2011

Bawa 'pulang' penunggu hutan. =.=

Assalamualaikum, 

Okay, seperti yang korang semua tau. Harini Harian Metro keluar pasal histeria sekolah SMKDHMRedza. 


Haa, cakk ;) Yang bertudung tu Emah kenal. Nabila Zack, antara salah sorang mangsa yang kena. Act, Emah tak baca lagi pasal ni, just tengok dekat Top News 'mukabuku'. Heboh cerita pasal ni. So, Emah pun gedik nak update, hihi :) Yes, benda penting je nak update sekarang. Takde pasal benda bodoh lah. Haha. 

Okay nak cerita. Rabu lalu. Memang teruk jugak lah histeria haritu. 48 pelajar yang kene. Tapi, ramai yang cakap, tak seteruk tahun 2008. Taktau lah, sebab Emah masuk sekolah ni tahun 2009, Form 3. Thats why Emah cakap yang Rabu tu teruk. Satu sekolah bising dengan jeritan sana sini. Waktu tu, kami dekat Bilik Seni. Then dengar org menjerit, kami pun nak jadi BUSY BODY. Ingatkan menjerit pasal lain kan, okay lepas tu dh tau apa jadi. Then, tengah tegok ustaz tu Azan kan someone ni, ada pulak pengawas dekat situ cakap, ada budak pngsan dalam tandas. Haaa, Emah, Misai, Tqah, dengan Alya pun pegi lah tengok. Okay, Emah seram nih. Hihi. Then, cikgu suruh angkat. First Emah taknak angkat, tapi cikgu suruh. Tolong jelah. Bwk dia sampai masuk surau. Memang sape yang kene mesti hantar surau. Okay, waktu tu tak ramai lagi pelajar. Dah lepas hantar budak tu dekat surau, ktorg pun balik Bilik Seni, ambik barang, kononnya nak balik kelas.

Otw keluar Bilik Seni, ktorg guna lah jalan Bilik Guru. Pappppp ! Keluar pulak budak yg kena histeria ni dr kelas 3B kalau tak silap. Dengan meraung dia, dengan sepak dia. Adui, Emah dah cuak. Emah lari masuk Bilik Guru, dengan keadaan menangis lah. Nasib baik Teacher Zana ada dalam tu. Dia lah yang menenangkan Emah. Thanks to you teacher. Then, tengok Misai pun dh nangis dh. Pastu, ktorg macam dh okay sikit, keluar lah dr Bilik Guru tu. Keluar je, makin bising pulak surau dengan jeritan jeritan pelajar histeria tu. Emah masuk balik Bilik Guru, sbb takberani nak dengar semua tu and nak hadap semua tu. Nangis lagi, Misai pun. Then, Cikgu Amrah pulak. Dia panggil Emah, dia marah sebab Emah nangis. Aduii, maaf Cikgu. Pastu, dia suruh Emah duduk situ, then minum air Zam-Zam. Emah pun minum. Misai pun kene. Yang lain tolong bacakan Yaasin untuk ktog. 

Semua pelajar sekolah SMKDHMRedza kena pegi Dewan Terbuka, sebab nak baca Yaasin. Okay, dengar cite, mula je ayat Yaasin tu, ada budak menjerit lagi. Emah taktau and tak tengok sbb ktorg dekat Bilik Guru. Cikgu Amrah tak bg keluar. Makin ramai makin ramai yang kene. Lepas tu, Cikgu Amrah suruh call mak. Emah pun call. After 20 minit something kot, mak pun datang. Okay, mak bawak balik. Nak tau, keluar je dari Bilik Guru tu, Emah punya bulu roma dah naik dh. Gilaaa lah. Satu sekolah dengan jeritan tu. Mak pun boleh pulak parking kete dekat surau. Betul betul depan pintu masuk. Aduiii. Emah memang takboleh dengan keadaan macam tu.

Sampai je rumah. Emah pun mandi ambik wuduk, then tidur. Petang bangun, terus demam. Yeaaaa. Haaa kan dah. Haha. Actually, Emah memang tak boleh dengan benda pelik pelik ni. Even nampak katak, then lepas tu tak jumpa pun boleh demam jugak tau. Demam panas pulak tu. Haiyaaaa. Haa, sampai harini, demam tak elok elok lagi. Btw, fyi, sekolah SMKDHMRedza cuti Khamis haritu. Sebab ganguan punya pasal. Sampai cuti haa, hebat. Itupun cuti berganti. Haha :D Then, hari Jumaat nak datang sekolah, takut gilaaa. Nak tau tak, Amalina sekolah tu pun dh nak pindah sekolah. Kesian dia. 

Hm, maybe tu je kot. Rasanya dh panjang gilaa dh ni. Okay lah ehh. Enjoy lah membaca. 

Wassalam, ;)

No comments:

Post a Comment